Rumah Tamu Dalam Suasana Desa

Rumah Banglo Dua Tingkat Yang Dijadikan 2 Unit Berasingan Iaitu Atas Dan Bawah
1) Setiap unit mempunyai 3 bilik tidur (berhawa dingin dan kipas) serta 2 bilik air.
2) Ruang tamu dan ruang makan yang luas serta ruang dapur lengkap untuk memasak.
3) Ruang dalaman rumah luas dan lengkap dengan perabot.
4) Sesuai untuk beberapa keluarga atau rombongan pengantin atau untuk urusan kerja.
5) Kawasan letak kereta yang luas dan selamat.


Kelengkapan Yang Disediakan
Homestay ini sempurna sebagai sebuah rumah.....lengkap dengan semua kemudahan yang diperlukan. Antaranya televisyen dengan langganan Astro, kemudahan internet (WiFi), peti sejuk, seterika dan tempat menggosok, mesin basuh dan tempat menyidai kain basuhan, pemanas air, rice cooker, dapur, pinggan, mangkuk, periuk dan kuali. Turut disediakan ialah bahan untuk minuman seperti teh, milo dan gula.

Penginap juga disediakan 2 katil queen, 2 katil bujang, 1 katil bertingkat dan tilam tambahan queen, bujang dan toto. Jika kumpulan anda ramai, hamparlah tilam atau toto di ruang tamu yang luas itu...ruang tamu boleh memuatkan 20 orang jika tidur di situ. Sabun, tuala dan selimut memang tersedia. Bantal dan tilam tambahan adalah tanpa caj.


Harga Sewaan
Harga sewaannya sangat murah iaitu RM 180.00 untuk semalaman termasuk semasa cuti sekolah atau cuti umum. Cubalah bandingkan harga homestay ini dengan penginapan lain yang setaraf sebelum membuat tempahan di sini. Masa untuk check-in selepas 2.00 petang dan check-out sebelum 12.00 tengah hari. Setiap tempahan perlu disertakan deposit secara bank-in ke akaun CIMB Bank 0313 0001 5432 04 (Aminuddin bin Awang). Setiap hari yang ditempah depositnya RM50.00 .

Hendak Makan....Bagaimana?
Homestay ini sangat dekat dengan kedai makan. Paling tidak pun, anda pergi sahaja ke Wakaf Che Yeh, semua jenis makanan ada. Untuk keperluan diri, ada Pasar raya Ceria dekat sini atau Kedai 7 Eleven.


Bagaimana Untuk Berhubung Dengan Pemilik?
• 013-9207364 (Cikgu Aminuddin)
• 018-9009104 (Cikgu Ashida)
• 013-9867364 (Cikgu Ashida)
• E-mel: anjung.desa@yahoo.com.my

3 comments:

  1. sy contact xde owg pickup bley contact sy balik 0148026023..tq

    ReplyDelete
  2. Slot Machines | Casino Roll
    Slot Machines 한게임포커 is a new way to play slots for seda bet real money. This new concept means 188 벳 that players can 토토 먹튀 play for free 스포츠토토 배당률 or for real money. Read our demo now!

    ReplyDelete
  3. The casino, with the best slots and video games, a luxury resort
    The casino, with 군포 출장마사지 the 원주 출장안마 best slots and video games, a luxury resort 논산 출장안마 on its 영천 출장샵 new tower overlooking the ocean 고양 출장샵 in a sleek design that features the same sleek

    ReplyDelete